DISCLAIMER

Read at your own risk. If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish

About Me

My photo
Hi there! I’m Sharifah Nadia, i'm married to the sweetest husband and mommy to my only precious daughter,Rania and my adorable son , Razin .If you need to find out more, do check out my blog and I've finally made up my mind to blog in whichever language I'm most comfortable with at that point of time - English, Malay or Rojak. Please bear with me... Lots of Love, Nadia

Thursday, December 6, 2012

Haji : Muassasah atau pakej?

Assalammualaikum , 

Keindahan alam tercinta , angin sepoi-sepoi bahasa ,tetap berasa bahang di dalam badan se-botol air sejuk pun belum tentu dapat menghilangkan dahaga,sambil menemani bonda tercinta masak tengahari :P terasa malas sangat harini,, masuk ke dapur pun lambat sebab tadi teman mak ke rumah sahabat mak yang baru pulang dari mengerjakan Haji .

kalau takk silap ini kali kedua i berjumpa dengan Kak NA ( bukan nama sebenar ) , kalau sebelum ni kerap dengar cerita from mak saja , bile bertentang mata dgn kak na,subhanallah , maha suci ALLAH swt cantek nye wajah dia , putih kemerah-merahan , dgn wajah mulus tanpa secalit make up pun tapi sentiasa kelihatan segar bugar ,mesti keajaiban air wudu' .(",)

Dah lama  mak ajak teman menziarahi ,tapi asyik tangguh je .bukan pe,malas nak salin baju ,segan lagipun tak kenal sangat tapi tadi pagi sambil baring terfikir hurm teruk aku ni kalau ajak g tgk wayang , shopping laju je macam kepala jalan dahulu sebelum kaki melangkah tapi kalau di ajak pergi majlis agama atau menziarah org balik haji atau seangkatan dengannya MALAS tu datang .Sejenak berfikir , tak rugi pun kalau buat bonda gembira ?jangan angkuh nadia , apa la sangat nak dibandingkan pengalaman i ni dengan keperitan ,pengorbanan pengalaman tetamu ALLAH swt yang di jemput menunaikan rukun islam , Haji .

Sedekit pun tidk ada perasaan bermegah dan kedekut berkongsi rahsia kak na semasa sepanjang 42 hari di kota makkah dan madinah .Bak kata kak na pergi sana tidak sah kalau tidak di uji pelbagai dugaan , Rasa nya sangat mampu kalau kak na dan suami hendak mengerjakan haji melalui pakej swasta yang beribu-ribu ringgit , rasanya menjangkau rm35 -ribu hotel selesa mewah ,berdekatan masjid , tak payah berebut tandas ,tak payah tidur berhimpit-himpit dan makan makanan yang sedap tapi TIDAK , kak nak pergi menjadi tetamu ALLAH swt melalui tabung haji , muassasah .

Jauh beza harga nya , dengan RM 9000 seorang , tido di hotel yang jauh dari masjidil haram berkilo-kilo meter ,berkongsi bilik seramai 5 orang ( macam bilik asrama ) , berkongsi satu tandas , tido berhimpit-himpit seramai 16 orang semasa bermalam di khemah semasa di mina .katanya khemah kecik di lapik hanya carpet senipis tikar mengkuang menutupi batu bata di bawah tanah , sakit badan semestinya selama 3 hari .kalau yang tidak tahan sanggup jalan ulang alik mina ke makkah tido di hotel .

Semasa menziarahi kota makkah dulu , i pernah pergi ke mina, mak oi memang jauh dengan makkah .Macam mana la ye diaorg boleh ulang alik ke makkah semata-mata nak tido yang selesa  dan yang paling i sedih macam mana la pengorbanan dan kekuatan luar biasa Nabi MUhammad S.a.w semasa zaman nya mengerjakan haji , tanpa air-cond , agaknye khemah zaman tu beratapkan daun pelepah kurma kan ?:(
itupun kita masih merungut , tak bersyukur .

Kusyuk mendengar cerita pengalaman kak na , setiap kali itu jua la i membayangkan semua tempat yang dis ebut kak na dalam kepala, berlegar-legar di ingatan susah senang semasa mengerjakan umrah pertama kali tahun lepas dalam september .
ALhamdulillah ziarah makkah dan umrah pertama amat la terindah , teringat keindahan kota makkah walaupun penuh dengan debu-debu jalan dan bangunan di tepi jalan ,panas terik sampai tak boleh buka mata langsung , panas di lantai kawasan masjid tapi terasa sejuk , terasa ya ALLAH aku sampai jua ke kota makkah ,kota ajaib .

Betul kata kak na , sesampai di sana semua perkara luput di ingatan , bukan tidak teringat anak kesayangan , ibunda ayahanda mahupun suami tercinta tetapi nawaitu nak mengerjakan ibadat , ALLAH swt lenyap kan ingatan itu seketika .Rasa kosong sangat lapang di dada, tak teringat Boss ,pesakit dan stress pekerjaan .terasa tak perlu report pada sesiapa kecuali ALLAH swt , rasa macam diri ini hanya HAK sepenuhnya ALLAH swt .

Kak na ,di uji dengan demam panas 2 minggu , uzur  ,tetapi ALLAH swt maha adil , selamat jua slesai haji nya ,inshallah kak na semoga mendapat haji yang mabrur .Muassasah atau pakej mahal tidak pernah menjadi soal yang sebaik baik nya nawaitu dan niat ikhlas bersujud pada NYA ,Tuhan segala Alam .ALLAH swt .
i

Bila dengar kesusahan dan pengalaman kak na aku terfikir boleh ke lakukan perkara yang sama ?bersabar , Pesannya ,sebelum ke sana ,semasa di malaysia lagi lakukan solat hajat , solat taubat, solat hajat pinta mendapat kawan sebilik yang baik , sentiasa bersama suami semasa mengerjakan ibadat , janagn cakap besar , jangan sesekali niat atau rasa tidak puas hati .Ya ALLAH swt mampu kah aku ?
Teringat kenangan masa pergi ke makkah semasa bulan ramadhan, buka puasa hanya berbekalkan kurma dan air zam-zam, menaiki bus sr15 ,tido di dalam masjid selepas 3 pagi  bangun subuh jam 4.30 pagi ,di halau oleh penjaga masjid ,di tolak himpit ,dibasahi hujan semasa tawaf .dengan kaki luka, berjalan berkilo-kilo meter  mencari taxi ,bus hendak pulang ke jeddah  tapi alhamdulillah semua kerja dan perancangan dari ALLAH swt .Terlalu bnayak kenangan di sana , kenangan indah ,yang teramat indah sukar dilupakan .:) sesungguhnya percaya lah seandainya sampai di sana baru tahu perasaan RINDU yang teramat sangat pada kota haram -MU ya ALLAH swt .Wallahi .


Mengharapkan semoga menjadi jemputan lagi dari ALLAH swt ke sana , bersama  ajf , rania dan bonda walid :) .Ber du'a sentiasa ALLAH swt mengekalkann perasaan rindu sayang dan impian ke sana ,harap hati ini tidak berubah ,sesungguh nya manusia itu bersifat baharu ,ALLAH hu ALAm berdu'a kuat semangat kekal iman , dan mengekalkan perasaan ikhlas dan nawaitu yang baik .
ALLAH knows .:)


 
  



video
kenangan semasa mengerjakan saie,di antara safa dan marwah :)

2 comments:

ara said...

Salam Nadia,

Saja-saja google on haji pakej atau tidak. came across your blog. menitik air mata baca ur experience umrah ramadhan. Tak pernah pergi sana lagi. tp keinginan tu mmg ada. rasa semua pun mmg berhajat nk jejak kaki ke sana. harap2 dpt juga pergi. amin

neverletmego said...

Salam Ara ,

Yenadia yakin mesti semua orang pasang niat nak ke tanah haram.Masyallah keindahan yg luar biasa. Inshallah du'a kan semua dpt menjejak kaki ke sana lagi berkumpul di sana.AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...