DISCLAIMER

Read at your own risk. If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish

About Me

My photo
Hi there! I’m Sharifah Nadia, i'm married to the sweetest husband and mommy to my only precious daughter,Rania and my adorable son , Razin .If you need to find out more, do check out my blog and I've finally made up my mind to blog in whichever language I'm most comfortable with at that point of time - English, Malay or Rojak. Please bear with me... Lots of Love, Nadia

Thursday, April 29, 2010

cemburu

Assalamualaikum Warahmatullah,

Terasa ingin membicarakan hal berkaitan dengan cemburu ni. Sememangnya, sebagai seorang manusia biasa, yang sering sahaja terlupa, perasaan cemburu boleh dikatakan dirasai oleh semua orang.



adakah anda pernah mengalami sekurang-kurangnya satu daripada senario di bawah ini?


1. Anda sekadar ada kereta kodok Volkswagen model 60-an yang selalu meragam di waktu pagi dan jiran sebelah rumah anda pula ada kereta Honda Civic yang bunyi enjinnya menderum sedap? Anda jadi sangat cemburu sehingga mengharapkan kereta Honda Civic jiran anda itu ditarik oleh bank?


2.
Gaji anda cukup-cukup makan sahaja. Gaji rakan-rakan anda pula agak besar sehingga mereka mampu untuk makan angin di luar negara. Anda pula nak pergi makan angin di Pulau Carey pun rasa mahu terburai poket seluar. Cemburu punya pasal, anda berdoa agar kapal terbang yang dinaiki kawan anda itu terhempas, atau sekurang-kurangnya dirampas oleh teroris.


3.
Kawan-kawan anda sudah ramai yang kahwin, dan anda juga mahu berkahwin, malangnya atas sebab-sebab yang tertentu anda masih lagi belum boleh berkahwin. Anda jadi tersangat cemburu pada rakan-rakan anda yang sudah berkahwin sehingga kadang-kadang anda harap esok pagi juga mereka bercerai?



Cemburu pada orang lain bermaksud kita tidak gembira pada nikmat yang Allah berikan kepada para hamba-Nya. Ini juga bermakna bahawa kita tidak redha pada takdir dan ketetapan Allah. Jika kita sendiri tidak redha pada Allah, apakah mungkin bagi kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Dan jika Allah tidak redha pada kita, apakah mungkin ketenangan hati itu akan kita kecapi?

seorang ulama Sufi yang hebat, ada menerangkan bahawa untuk membersihkan hati (sekaligus mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa), kita elakkan dari berasa cemburu pada kejayaan orang lain.


Sebaliknya, jika manusia lain mendapat kebaikan dan rezeki yang lebih dari kita, kita doakan kebaikan dan kegembiraan untuk mereka. Hatta jika musuh kita yang mendapat kebaikan, jangan juga cemburu. Cemburu kepada musuh hanya akan menambahkan lagi penguasaan psikologi mereka ke atas diri kita.

Apa yang mereka ada tidak semestinya diberkati Allah. Kadang-kadang rezeki yang Allah beri pada hamba-Nya adalah bersifat istidraj semata-mata. Rasullulah bersabda:
Apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat, ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah.
(Hadith riwayat Imam at-Tabarani, Ahmad dan Al-Baihaqi).


Istidraj adalah nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang kafir dan fasik, tetapi dalam masa yang sama Allah hilangkan erti kesyukuran di dalam hati mereka, dan Allah membinasakan mereka secara beransur-ansur tanpa mereka sedari.

Jiran anda di sebelah rumah yang selalu pergi clubbing dan tuang arak dalam perut, tetapi kereta mewah ada 2-3 biji, menjawat pula title CEO di sebuah syarikat besar, maka ketahuilah bahawa rezeki yang mereka terima itu berkemungkinan besar adalah istidraj. Oleh itu, jika anda patuh dan taat pada segala-perintah Allah, melakukan solat tahajjud setiap malam, tetapi rezeki masih lagi dalam keadaan terumbang-ambing, maka janganlah terlalu risau. Rezeki sikit atau banyak adalah ujian dari Allah.

Jangan sangka dengan duit berkepok-kepok di bawah bantal akan membuatkan kita gembira.
Kita gembira kerana Allah yang kasi kita gembira. Jika anda ada buku
Ayah Kaya, Ayah Miskin, cuba selak semula bahagian awal buku itu, yang mana Robert Kiyosaki ada menceritakan kisah beberapa orang ternama yang kaya-raya waktu itu, akhirnya menerima kesudahan hidup yang menyedihkan setelah berlakunya peristiwa Great Depression. Lihat, semudah itu sahaja Allah mahu tarik kekayaan seseorang.


Masih lagi rasa susah untuk membuang rasa cemburu itu?

- Ambil air sembahyang n solat la h sebelum anda di solatkan.

- Moga ALLAH swt mengampun kite ..


Akhir sekali, cemburu datang kerana kurang sifat syukur dalam diri. Kita selalu memikirkan dan berasa rungsing dengan apa yang masih tidak kita miliki. Kita cemburu pada orang lain yang ada apa yang kita mahu. Tetapi selalu sangat kita tidak bersyukur dengan apa yang sedang kita ada.


Jika anda menyimpan makanan dalam peti sejuk,
dan menyimpan baju di dalam almari,
dan ada katil sebagai tempat tidur,
dan memiliki sebuah rumah...

Maka anda sudah jadi lebih kaya dari 75%
penduduk bumi yang lain!


Ayuhlah kita suburkan persaingan yang bersifat sihat yang digalakkan di dalam Islam. Sesungguhnya sifat cemburu ini hanyalah akan merugikan umat semata-mata.
Wassalam...

1 comment:

Atiqah Adnan said...

betul tu dear..
cemburu sifat yang memang ada dalam jiwa setiap manusia..
cuma ade baik dan buruknye..
kita perlu sentiasa lihat diri kita dan ukur kemampuan..

biarkan lah manusia lain gembira kan dan kita selalu lah berdoa untuk rezeki kita dan biarkan dunie juga gembira kan..? hee~

<3 with love, atiqah adnan~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...